Perisian Dalam Talian Percuma untuk Mencipta Carta Gantt

Ketahui apakah carta Gantt dan kepentingannya dalam perancangan, pengurusan dan pelaksanaan projek, dan bagaimana ia digunakan untuk melancarkan penyerahan tugas dalam sesuatu projek. Dapatkan perisian untuk mencipta carta Gantt secara percuma

Perancangan dan pengurusan projek amat penting dalam memastikan kerja dapat dirancang, diserahkan kepada orang yang betul, siap menepati masa, dan disampaikan kepada pihak-pihak penting dalam setiap projek. Itulah sebabnya setiap organisasi sentiasa mencari peralatan baru untuk melancarkan aliran kerja projek kerana peruntukan masa dan pelaksanaan projek yang bijak memberikan kesan langsung kepada keuntungan syarikat. Ia juga penting untuk memastikan setiap kakitangan kekal selaras tentang tanggungjawab masing-masing dan dapat menyiapkan tugasan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Salah satu kaedah berkesan yang sering digunakan untuk merancang projek adalah dengan menggunakan carta Gantt. Carta Gantt adalah sejenis carta bar yang menggambarkan jadual projek secara visual. Carta ini digunakan secara meluas kerana ia dapat memberi gambaran keseluruhan dan butiran penting mengenai projek sekilas pandang. Butiran seperti senarai tugas, tarikh akhir, kebergantungan tugas, status tugas, dan aliran tugas adalah beberapa butiran penting yang dapat dilihat dengan mudah melalui carta Gantt. Ini menyenangkan tugas pengurus projek kerana kerja dapat dipantau secara menyeluruh dari pelbagai aspek.

Bitrix24 menawarkan perisian carta Gantt secara percuma kepada semua pengguna dalam semua pelan! Perisian percuma ini membolehkan anda mencipta tugas utama, tugas kumpulan, serta mencipta tugas kecil supaya projek yang lebih rumit dapat dibahagikan dengan lebih terperinci. Anda boleh menetapkan tarikh mula, tarikh tamat, tarikh akhir dan menetapkan hingga empat jenis kebergantungan tugas supaya kerja dapat diserahkan kepada ahli pasukan yang lain dengan lancar. Anda juga boleh menugaskan kerja kepada pasukan anda hanya dengan menaipkan nama mereka dalam tugas yang dicipta. Kelancaran projek dapat dipantau melalui status yang dikemas kini secara automatik. Dan sekiranya ada perubahan saat akhir kepada projek, anda boleh mengubah aliran kerja, tarikh akhir atau senarai tugas dengan mudah hanya dengan menyeret dan melepaskan tetikus! Pelaksanaan projek menggunakan carta Gantt tidak pernah semudah ini! Dan yang paling hebat sekali, ia boleh diakses pada semua platform yang anda gunakan untuk gaya kerja hari ini; melalui aplikasi mudah alih Bitrix24, Mac, dan PC anda.

Sama ada anda menguruskan projek pembinaan, projek akhir tahun, mahupun majlis perkahwinan, setiap organisasi dan individu boleh memanfaatkan carta Gantt. Dengan paltform kerjasama Bitrix24, semua peralatan yang anda perlukan untuk mengumpil masa, tenaga kerja dan sumber dengan bijak dan berkesan terletak dalam satu suite yang lengkap.

Ciri-ciri asas

  • Percuma – 12 pengguna
  • Percuma – 5 GB storan dalam talian
  • Percuma projek tanpa had
  • Percuma tugas kecil tanpa had
  • Kebergantungan tugas
  • Banyak carta Gantt
  • Pengguna tanpa had ($99/bln)
  • Storan tanpa had ($199/bln)
  • Pelan Awan & Di Premis
  • Pengurusan projek percuma (iOS dan Android)
  • Kod sumber terbuka dan API
  • Ketahui lebih lanjut


Pengurusan projek

Projek dalam Bitrix24 disediakan tanpa had, disertakan dengan carta Gantt dan perancang beban kerja kakitangan, yang membolehkan anda memperuntukkan jumlah masa dan pekerja yang khusus untuk projek dan menjejak masa yang dihabiskan. Terdapat pelbagai peranan dalam Bitrix24 dalam pengurusan projek kerana anda boleh mengawal tugas yang ditetapkan oleh anda, membantu seseorang atau cuma menjadi pemerhati untuk tugas yang tidak ditetapkan oleh anda mahupun tanggungjawab anda untuk diselesaikan. Pengira tugas menunjukkan anda kemajuan projek dan sekiranya anda dalam bahaya untuk terlewat menepati tarikh akhir.

Pengurusan tugas untuk perniagaan

Pengurusan projek dimulakan dengan senarai tugas dan dalam Bitrix24, tugas dicipta dalam pelbagai bentuk dan saiz. Tugas peribadi, tugas kumpulan, tugas kecil, tugas berulang, templat tugas, dan sebagainya. Tugas dan tugas kecil boleh dicipta tanpa had, dan anda boleh menyerahkannya kepada orang lain jika perlu. Senarai semak dan automasi aliran kerja menjamin bahawa anda tidak akan terlepas pandang atau terlupa apa-apa.

Pengurusan pekerja

  • Kumpulan pengguna tanpa had
  • Intranet & Ekstranet (pengguna luar) 
  • Papan kanban
  • Perancang beban kerja kakitangan
  • Peranan tugas (Membantu, Memerhati, Ditetapkan oleh saya)
  • Pengira tugas
  • Pemberitahuan tugas
  • Ketahui lebih lanjut

Masa dan perancangan

  • Waktu masuk/keluar kerja 
  • Penjejakan masa tugas
  • Tetapan hari kerja boleh suai
  • Perancang harian
  • Kalendar dalam talian
  • Kalendar mudah alih
  • Ketahui lebih lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bitrix24, pergi ke kursus latihan kami.
Kita juga mempunyai saluran YouTube yang merangkumi setiap aspek Bitrix24, daripada jualan dan perancangan ke pengurusan dokumen dan alat komunikasi dalaman syarikat.
Untuk memuat turun edisi Bitrix24 dihoskan sendiri yang boleh dipasang pada pelayan anda sendiri dan memberikan akses kepada anda untuk membuka kod sumber, sila lawati halaman Dihoskan Sendiri Bitrix24.
Pastikan untuk melihat alat Bitrix24 lain:
15,000,000+ organisasi sudah menggunakan Bitrix24