Terbaru dalam Bitrix24.North Star

baca 2 min
November 18, 2022
Kemas kini terakhir:: November 10, 2022
Terbaru dalam Bitrix24.North Star

CRM Mudah Alih


Akhirnya, CRM Mudah Alih lengkap, bersaiz penuh yang anda boleh gunakan untuk menguruskan pelanggan dan penjualan dari telefon pintar anda.

Tugasan mudah alih baharu


Dengan ciri komunikasi dalam tugasan, penciptaan tugas pantas dan algoritma keutamaan tugas yang diperbaharui, mengendalikan tugasan dalam Bitrix24 kini lebih mudah dari telefon pintar. Pasukan anda dapat melengkapkan tugas mereka menepati masa manakala anda – pengurus – boleh mengatur projek dan menyelia tugasan terus dari poket anda.

CRM Proaktif


Mulai sekarang, anda tidak perlu memantau rapat wakil jualan anda – CRM Proaktif kami akan mengendalikannya untuk anda. Konsep CRM Proaktif akan mengesyorkan kepada kakitangan anda untuk menerima peringatan automatik tentang aktiviti berjadual, mustahak dan belum selesai dalam CRM, dan menggesa mereka untuk mengambil tindakan.

Bitrix24.Sign


Bitrix24.Sign ialah satu alat etandatangan baharu yang disediakan kepada anda dalam Bitrix24. Dengan bantuan alat ini, anda boleh menandatangani apa-apa dokumen dalam talian terus dari CRM anda – pantas dan mudah. Hanya satu dorongan kecil yang diperlukan oleh ejen anda untuk menutup urus niaga dan memuktamadkan jualan.

Tema Bitrix24 Baharu


Dengan pelbagai tema latar hias baharu dan berwarna-warni dalam Bitrix24, anda sentiasa boleh memilih satu tema yang sepadan dengan mood dan gaya anda.

Pek Enterprise


Satu set peralatan transformasi digital untuk perniagaan dan perusahaan besar – ini ialah Bitrix24 pada seting maksimum.

Kebenaran akses dalam Katalog


Satu penambahan kecil kepada CRM kami: kini anda boleh menyesuaikan kebenaran akses untuk menentukan orang yang dapat mencipta produk baru, mengedit produk sedia ada, mengenakan diskaun, dan lain-lain.

Perkhidmatan dalam Katalog


Satu lagi sentuhan baru yang paling kerap ditanya: sekarang, anda boleh mengasingkan perkhidmatan daripada produk dalam Katalog anda, memudahkan anda untuk mencari dan mengurus.

Aplikasi desktop Bitrix24 baharu untuk Windows dan macOS 14.0


Beberapa penambahbaikan dan kemas kini baru yang anda tidak mudah perasan tetapi akan hargai apabila anda mencuba versi baru aplikasi ini: sokongan tambahan untuk Apple M1 (ARM), sejarah muat turun + menu muat turun (jeda dan batal), kurang penggunaan tenaga dan pemprosesan latar AI yang dipertingkat semasa panggilan video.

Aplikasi desktop Bitrix24 kini tersedia untuk Linux


Berita baik untuk pengguna Linux – kini anda boleh menggunakan aplikasi desktop Bitrix24 yang dioptimumkan sepenuhnya untuk sistem pengendalian anda.
Paling Popular
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Oktober 2023
Bitrix24 baharu. Masa depan dalam tangan anda
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Mac 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin November 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023
Daftar Kandungan
CRM Mudah Alih Tugasan mudah alih baharu CRM Proaktif Bitrix24.Sign Tema Bitrix24 Baharu Pek Enterprise Kebenaran akses dalam Katalog Perkhidmatan dalam Katalog Aplikasi desktop Bitrix24 baharu untuk Windows dan macOS 14.0 Aplikasi desktop Bitrix24 kini tersedia untuk Linux
Anda juga mungkin menyukai
alat
Webinar
glosari

Free. Unlimited. Online.

Bitrix24 adalah tempat di mana semua orang boleh berkomunikasi, bekerjasama dalam tugas dan projek, mengurus pelanggan dan melakukan lebih banyak lagi.

Mula percuma
Anda juga mungkin menyukai
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Disember 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Disember 2023
baca 4 min
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
baca 3 min
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Mac 2024
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Mac 2024
baca 6 min