Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Mac 2024

baca 6 min
Mac 25, 2024
Kemas kini terakhir:: Mac 25, 2024
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Mac 2024
Sila ambil perhatian bahawa semua artikel yang disebut di sini adalah dalam bahasa Inggeris.

Kenali CoPilot AI Assistant - Sumber Idea dan Inspirasi Tanpa Sempadan Anda


Dalam kemas kini terbaru kami, kami memperkenalkan CoPilot, satu alat kecerdasan buatan yang direka bentuk untuk membantu anda dengan pelbagai tugasan, mencetus idea dan meningkatkan produktiviti anda.

Begini cara CoPilot boleh meningkatkan pengalaman Bitrix24 anda:

CoPilot dalam Chat
Anda boleh minta CoPilot untuk menulis teks asli berdasarkan pertanyaan anda atau mengubah suai penulisan semasa, mengubah nada, membetulkan kesilapan, menambah emoji, membuat senarai atau menulisnya semula daripada perspektif berbeza (pembangun, pemasar, dll.).

CoPilot dalam Suapan
CoPilot adalah cukup pintar untuk memberikan pujian atau mencadangkan kritikan membina terhadap mesej, idea atau pendapat seseorang. Benda yang sangat cool - terutamanya jika anda terlalu sibuk tercari-cari perkataan yang sesuai.

img-copilot.png

CoPilot dalam Tugasan
Tidak peduli untuk membaca penerangan tugasan yang panjang atau laporan seribu perkataan yang berisi banyak data? Minta sahaja CoPilot untuk memberikan ringkasan kepada anda.

CoPilot di Laman & Kedai
Pembantu AI ramah kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mencipta penulisan berkualiti atau imej canggih untuk laman web, halaman penambat atau kedai dalam talian anda.

Tidak Perlu Belajar Penulisan Prom
Anda tidak perlu menjadi pakar menulis prom untuk menggunakan CoPilot dengan berkesan. Bitrix24 menyediakan satu set prom yang anda boleh gunakan untuk mencipta tugasan atau menambah komen dengan cepat, membolehkan anda memaksimumkan produktiviti anda tanpa sebarang keluk pembelajaran.

Mula terokai kemungkinan anda hari ini dan alami kuasa pembantu AI dalam tugas harian anda, dengan CoPilot di sisi.

Pemprosesan Panggilan AI: Bagaimana CoPilot Meningkatkan Keberkesanan CRM


CoPilot turut tersedia dalam CRM - begini caranya ia boleh membantu anda:

  1. CoPilot menulis transkripsi panggilan audio ke dalam teks, membolehkan anda mencari maklumat mustahak dengan pantas.
  2. Cipta satu ringkasan panggilan untuk mendapatkan butiran perbualan penting dan menyediakan panggilan akan datang.
  3. Melengkapkan medan CRM secara automatik dengan maklumat daripada transkripsi panggilan, menjimatkan masa kemasukan data secara manual.

Ini hanyalah beberapa contoh bagaimana CoPilot boleh melancarkan rutin harian anda. Keupayaan AI ini juga boleh melancarkan tugasan, memberi cerapan bernilai dan meningkatkan penglibatan pelanggan, secara langsung memacu keberkesanan jualan.

Kemas Kini Kalendar Mudah Alih Bitrix24


Dalam kemas kini terbaru kami, kami mengumumkan kalendar baharu yang dipertingkat dalam aplikasi mudah alih Bitrix24 dan integrasi lancar dengan perkhidmatan popular seperti Google, Microsoft dan iCloud, menjamin penyelarasan antara semua peranti anda. Untuk membantu anda menjadualkan mesyuarat dengan tetamu luar, kami telah mencipta slot terbuka. Dengan menggunakannya, anda boleh berkongsi pautan unik dengan kenalan anda, membolehkan mereka memilih tarikh dan masa daripada slot terbuka anda.

BI Builder Baharu dalam Bitrix24 CRM


BI Builder ialah penambahan terbaru dalam Bitrix24 CRM. Alat berkuasa ini membolehkan anda mencipta laporan analisis menggunakan data daripada akaun Bitrix24 anda.

BI Builder serupa dengan Google Looker Studio, namun beroperasi dalam infrastruktur dalaman Bitrix24. Ini bermakna anda boleh mencipta laporan tanpa perlu menghantar data ke sistem luaran atau membeli lesen tambahan. Dengan pilihan meluas, anda boleh menjana laporan seberapa rumit pun dengan mudah.

Bermula dengan BI Builder adalah mudah. Pilih daripada Lima Jenis Laporan sesuai dengan keperluan anda:
  • Analisis urus niaga
  • Trend peluang jualan
  • Trend jualan
  • Pecahan jualan
  • Analisis panggilan

Sesuaikan laporan anda: edit atau cipta laporan mengikut keperluan anda di bawah bahagian "Papan Pemuka Saya".
  • Gunakan papan pemuka terbina dalam: umpil papan pemuka terbina dalam yang tersedia dalam BI Builder.
  • Terokai pasaran: pasang papan pemuka dari Bitrix24 Market ataupun pesan papan pemuka tersuai untuk perniagaan anda.
  • Cipta dan ubah suai papan pemuka: bina papan pemuka anda sendiri atau buat perubahan kepada papan pemuka sedia ada.

Saluran Meja Bantuan Bitrix24 Baharu di YouTube


Di Bitrix24, kami memahami kepentingan untuk menyediakan sumber lengkap kepada pengguna kami supaya mereka dapat memanfaatkan platform ini sepenuhnya. Itulah sebabnya kami teruja untuk memperkenalkan saluran Meja Bantuan Bitrix24 baharu kami di YouTube, di mana kami akan berkongsi cerapan mendalam, tutorial dan petua praktikal untuk membantu anda menavigasi rangkaian alat dan ciri meluas Bitrix24.

Langgani saluran Meja Bantuan kami sekarang untuk kekal sedia maklum dengan video dan cerapan terkini.



Bitrix24 Chat Serba Baharu: Dikuasakan AI dan Mobile Chat M1


Kami teruja untuk melancarkan chat Bitrix24 serba baharu, kini lengkap dengan keupayaan AI berkuasa dan chat mudah alih baharu M1. Keluaran menarik ini membawakan serangkai ciri-ciri dan peningkatan inovatif untuk merevolusikan pengalaman komunikasi dan kolaborasi anda.

Peningkatan chat: reaksi, mesej dimajukan, pautan boleh dikongsi ke chat lain dan banyak lagi.

Ruang kerja bersama: tugasan, janji temu dan panggilan dalam chat dan borang acara kalendar.

Komunikasi selamat: chat untuk kakitangan anda sahaja, tiada orang sembarangan.

Persekitaran bebas spam: pengguna tidak bertauliah tidak akan dapat mengakses Bitrix24 dan menghantar spam.

Carian mudah: cari dialog, fail dan rakaman panggilan dengan mudah dalam Bitrix24.

Bitrix24 Mobile Chat M1 Baharu: penambahbaikan besar terhadap antara muka chat, navigasi dan kelajuan aplikasi secara keseluruhan.

CoPilot, chatbot dikuasakan AI kami: direka bentuk untuk membantu anda menjawab soalan dan mengendalikan pelbagai tugas.

Meningkatan Kecekapan E-mel dengan Bitrix24 CoPilot Mail Assistant


Pembantu CoPilot dikuasakan AI kami berintegrasi dengan lancar ke dalam Bitrix24 Mail. Dengan CoPilot, anda boleh meringkaskan rentetan e-mel yang panjang dengan mudah, menulis draf e-mel baru atau menyambung tulis mesej yang belum siap. Selain itu, CoPilot meningkatkan penulisan anda dengan membetulkan kesilapan dan menterjemahkan teks ke dalam pelbagai bahasa, memastikan komunikasi jelas dan berkesan merentas pasukan global.

Bitrix24 CoPilot menawarkan pilihan prom yang lazim dipakai yang dicipta untuk melancarkan kerja anda. Prom-prom ini diatur ke dalam pelbagai kategori supaya mudah digunakan.

  • Serlahkan perkara paling penting daripada perbualan e-mel
  • Mulakan menulis e-mel, dan CoPilot akan menyambungnya untuk anda
  • Minta CoPilot untuk membalas e-mel: tolak secara baik, bersetuju atau ucapkan penghargaan atas maklumat yang diterima
Paling Popular
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Oktober 2023
Bitrix24 baharu. Masa depan dalam tangan anda
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Mac 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin November 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023
Daftar Kandungan
Kenali CoPilot AI Assistant - Sumber Idea dan Inspirasi Tanpa Sempadan Anda Pemprosesan Panggilan AI: Bagaimana CoPilot Meningkatkan Keberkesanan CRM Kemas Kini Kalendar Mudah Alih Bitrix24 BI Builder Baharu dalam Bitrix24 CRM Saluran Meja Bantuan Bitrix24 Baharu di YouTube Bitrix24 Chat Serba Baharu: Dikuasakan AI dan Mobile Chat M1 Meningkatan Kecekapan E-mel dengan Bitrix24 CoPilot Mail Assistant
Anda juga mungkin menyukai
alat
Webinar
glosari

Free. Unlimited. Online.

Bitrix24 adalah tempat di mana semua orang boleh berkomunikasi, bekerjasama dalam tugas dan projek, mengurus pelanggan dan melakukan lebih banyak lagi.

Mula percuma
Anda juga mungkin menyukai
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Disember 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Disember 2023
baca 4 min
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
baca 3 min
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023
baca 6 min