Sesuaikan Bitrix24 untuk fokus dan kejelasan maksimum
Kerja mengikut cara anda
Bitrix24 bukan sekadar satu ruang kerja serba guna. Anda mendapat konfigurasi yang menyesuai dengan cara sebenar anda bekerja – sama ada anda menguruskan prospek, menjejak tugas, bekerjasama dengan ahli pasukan atau membina laman web. Pilih alat utama anda, dan Bitirx24 akan melaraskan menu anda supaya sepadan.
Susun atur permulaan pintar
Set alat berfokus
Antara muka lebih kemas
Kurang masa penyediaan
Pilih titik permulaan anda
Pilih alat utama anda – CRM, Tugas & Projek, Kerjasama atau Tapak – dan Bitrix24 akan mengatur semula ruang anda mengikut pilihan tersebut. Anda akan melihat perkara yang paling penting dan menyembunyikan yang tidak perlu.
Menu dinamik untuk kerja berfokus
Dengan praset pilihan anda, menu sisi dan papan pemuka akan dilaraskan untuk memaparkan hanya alat yang anda perlukan. Tiada lagi selerak atau gangguan – cuma ruang kerja yang lebih kemas, lebih berfokus.
Kecekapan terbina dalam sejak hari pertama
Sama anda anda pencipta solo atau sebahagian daripada pasukan yang sedang berkembang, bermula dengan praset yang betul akan menjadikan anda produktif dalam beberapa minit.
Bersedia untuk memilih alat utama anda dalam Bitrix24?
Reka ruang anda dengan Vibe
Setiap pasukan berbeza – dan begitu juga cara mereka bekerja. Bitrix24 membolehkan anda membentuk halaman permulaan anda agar mencerminkan keutamaan anda, daripada aktiviti pekerja dan status aliran kerja kepada acara akan datang dan kiriman terbaru.
Halaman permulaan diperibadikan
Tambah/buang widget
Alat akses pantas
Templat tersuai tersedia daripada rakan kongsi
Halaman permulaan boleh disesuaikan
Halaman permulaan Bitrix24 anda bukan statik – tambahkan widget, panel pelancar pantas dan blok data masa nyata. Jadikannya paparan yang mencerminkan keperluan pasukan anda sekilas pandang.
Widget yang bekerja untuk anda
Seret masuk panel seperti kiriman terbaru, aliran kerja aktif atau penjejak aktiviti pekerja – ini kokpit pasukan anda, dibina untuk memajukan anda dengan lebih cepat.
Memastikan prioriti diutamakan
Tidak perlu lagi mencari-cari kemas kini. Serlahkan perkara yang mustahak, baharu atau dalam trend – supaya pasukan anda sentiasa melihat perkara yang paling penting terlebih dahulu.
Bersedia untuk menyesuaikan halaman permulaan anda dalam Bitrix24?
Mengapakah Bitrix24 lebih baik daripada 99% penyelesaian lain di pasaran?
- Menggantikan semua penyelesaian SaaS semasa anda
- Percuma selama-lamanya untuk pengguna tanpa had
- Mudah untuk memindahkan data anda daripada sistem lain
- Bersepadu dengan semua perkhidmatan dan aplikasi kegemaran anda
- Digunakan, disukai dan dipercayai oleh organisasi 15,000,000+ di seluruh dunia
- Yuran tetap 100%: kos boleh diramalkan, tiada penentuan harga setiap pengguna
Kawal apa yang dilihat oleh semua orang dengan kebenaran akses
Dalam Bitrix24, anda menentukan siapa yang akan melihat segala-galanya. Sama ada anda menguruskan pasukan, jabatan atau seluruh syarikat, kebenaran membolehkan anda berkongsi dengan yakin dan selamat.
Kawalan berasaskan peranan
Kebenaran tahap berbutir di CRM dan tugas
Keterlihatan merentas jabatan
Perkongsian data selamat
Akses berasaskan peranan
Cipta peraturan tersuai untuk peranan jabatan atau individu. Kawal keterlihatan merentasi CRM, projek, dokumen, tugas dan banyak lagi.
Tahap kebenaran terperinci
Perhalusi akses bagi setiap komponen utama Bitrix24 – CRM, tugas, katalog produk, pengurusan inventori, Pembina BI dan banyak lagi. Berikan akses yang lebih tinggi kepada pengguna tegar dan ringkaskan paparan untuk orang lain.
Kerjasama selamat dengan pengguna luar
Gunakan Kerjasama kami untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan pengguna luar tanpa menambah mereka kepada Bitrix24 anda. Setiap kerjasama menampilkan sembangnya sendiri dengan panggilan video, tugas, pemacu dan kalendar.
Bersedia untuk menguruskan kebenaran akses dalam Bitrix24?
Ikut cita rasa anda dengan tema dan latar belakang
Ruang kerja anda patut berasa seperti… kepunyaan anda. Dengan Bitrix24, anda boleh memperibadikan wajah dan cita rasanya supaya sepadan dengan mood, jenama atau vibe anda.
Tema latar belakang tersuai
Personalisasi visual
Pilihan gelap/terang
Pilihan penjenamaan dipertingkat
Kurangkan selerak visual
Tema latar belakang
Pilih daripada pustaka terpilih tema latar belakang yang canggih, minimalis atau ekspresif. Tetapkan tema tunggal untuk seluruh pasukan atau benarkan pengguna individu memilih latar belakang mereka sendiri.
Personalisasi dipertingkat
Mahukan sentuhan peribadi? Muat naik imej latar belakang anda sendiri untuk mewujudkan ruang yang berinspirasi dan unik milik anda.
Pilihan penjenamaan dipertingkat
Anda boleh menyesuaikan Bitrix24 anda sepenuhnya dengan menambah logo syarikat, warna jenama, bahkan nama domain tersuai anda untuk daya tarikan profesional yang lebih kemas.
Bersedia untuk mencuba pilihan penjenamaan dalam Bitrix24?
Kemaskan paparan anda dengan penyesuaian menu
Bitrix24 mempunyai berpuluh-puluh alat untuk menampung pelbagai perniagaan, dan tidak mengapa jika anda tidak memerlukan sebahagiannya. Lumpuhkan alat yang tidak digunakan untuk pengalaman Bitrix24 yang lebih lancar dan berfokus.
Sembunyikan item yang tidak digunakan
Susun semula alat
Susun atur tersuai
Navigasi lebih ringkas
Gangguan minimum
Sembunyikan item yang tidak diperlukan
Anda di sini semata-mata untuk CRM? Lumpuhkan semua alat lain untuk fokus pada jualan – bila-bila masa anda memerlukan alat yang disembunyikan itu, anda sentiasa boleh mengaktifkannya.
Atur untuk kelajuan
Seret, lepas, atur semula – menu anda, cara anda. Sesuaikan susun atur supaya alat yang paling banyak digunakan sentiasa berada betul-betul di tempat anda memerlukannya.
Navigasi lebih ringkas, pasukan lebih gembira
Pasukan tidak membuang masa menatal pilihan yang tidak digunakan. Semua orang akan bekerja lebih cepat dengan ruang kerja yang lebih kemas dan jelas.
Bersedia untuk menyesuaikan menu Bitrix24 anda?
Perhalusi pengalaman anda dengan sembang & pemberitahuan
Kerjasama bukanlah satu pendekatan pukul rata. Sama ada anda menyukai sembang pasukan yang rancak dan atau memerlukan masa fokus untuk menumpu pada tugas, Bitrix24 membolehkan anda membentuk cara anda berkomunikasi.
Pilihan susun atur sembang
Tema latar belakang
Pemberitahuan pintar
Kawalan suara
Saluran bisu/nyahbisu
Sesuaikan penampilan sembang
Pilih latar belakang sembang, penjajaran dan gaya susun atur anda. Jadikannya selesa untuk perbualan panjang atau semakan pantas.
Pemberitahuan, ikut cara anda
Pilih bagaimana dan bila Bitrix24 akan memberikan pemberitahuan – kawal bunyi, kekerapan dan jenis mesej yang mencetuskan makluman.
Kekal terhubung, tanpa gangguan
Senyapkan kemas kini yang tidak penting, sambil tetap mengutamakan mesej penting.
Bersedia untuk menyesuaikan pemberitahuan dalam Bitrix24?
Sediakan dan sesuaikan Bitrix24 anda dengan bantuan rakan kongsi tempatan
Meskipun pilihan penyesuaian kami banyak sekali, ia tidak semestinya mencukupi. Jika anda mencari konfigurasi CRM khusus industri atau penyesuaian mendalam yang disesuaikan mengikut keperluan anda, Rakan Kongsi Bitrix24 sedia untuk melaksanakan kepakaran kerja ini.
Penyesuaian mendalam
Penyelesaian khusus industri
Integrasi dengan aplikasi & perkhidmatan tempatan
Latihan pekerja
Sokongan & penyelenggaraan tempatan
Kepakaran tempatan
Rakan Kongsi Bitrix24 beroperasi di semua rantau penting di dunia dan memiliki pengetahuan serta pemahaman mendalam mengenai pasaran tempatan. Ini membolehkan mereka menawarkan penyelesaian bersasar yang menangani keperluan perniagaan tempatan secara langsung.
Disesuaikan mengikut keperluan khusus anda
Bekerjasama dengan Rakan Kongsi Bitrix24 bermakna anda dapat menyediakan ruang kerja anda tepat seperti yang anda inginkan. Selain itu, Rakan Kongsi kami boleh menawarkan beberapa penyelesaian tersuai dan penambahan untuk meningktkan pengalaman Bitrix24 anda menjangkau alat standard.
Latihan pekerja
Beralih kepada perisian baharu tidak selalunya mudah, terutamanya bagi pasukan besar. Rakan Kongsi kami boleh membantu anda membuat peralihan ini dengan lancar dan profesional. Semua data semasa anda akan dipindahkan dengan mudah, dan semua pekerja anda akan dilatih oleh pakar Bitrix24.
Sedia untuk bermula?
Digunakan dan dipercayai oleh lebih 15,000,000 organisasi di seluruh dunia, Bitrix24 ialah pilihan sempurna untuk perniagaan anda
Mula percuma Minta bantuan daripada rakan kongsi Bitrix24