CRM alat mudah alih
Prospek
Bekerja dengan prospek daripada telefon pintar anda (sediakan peringkat, borang dan medan tersuai), menukarnya kepada urus niaga, kenalan atau syarikat, mendapatkan kembali sebarang prospek dengan cepat daripada CRM anda dan melihat sifatnya (orang yang bertanggungjawab, maklumat pelanggan, status prospek, dll.).
Borang web
Kelayakan prospek berasas peraturan
Tukar prospek kepada urus niaga, kenalan, syarikat
Penjejakan dan analitik prospek
Kumpulkan prospek daripada berbilang sumber
Memperoleh dan menjejak prospek daripada berbilang sumber: borang web, e-mel, telefoni, kempen iklan di Google dan Facebook dan lebih lagi.
Menukar apa-apa pun kepada prospek
Sebarang borang web yang diserahkan, e-mel masuk, panggilan telefon atau pesanan/komen pada media sosial boleh ditukar kepada prospek dengan mudah dan ditambah ke CRM jualan alat mudah alih anda.
Memupuk prospek melalui berbilang saluran
Hubungi prospek anda melalui e-mel, panggilan telefon, siaran suara, SMS, media sosial, pemesejan - segalanya daripada papan pemuka tunggal di Bitrix24.
Bersedia untuk menguruskan prospek anda dengan Bitrix24?
Urusan
Menengok-nengok cepat urus niaga anda untuk mendapatkan kembali maklumat yang anda mungkin memerlukan, menjejak kemajuan urusan atau mengeluarkan invois dan menghantarnya melalui e-mel kepada pelanggan anda - segala-galanya daripada telefon pintar anda. Buat peringkat tersuai dan alihkan urusan ke bawah talian paip jualan.
Penjejakan urus niaga
Ulangi urus niaga
Invois
Alat e-tandatangan terbina dalam
Kebenaran akses & peranan
Pengurusan urus niaga mudah alih
Menjejak status urus niaga untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dengan urus niaga tertentu pada bila-bila masa. Sediakan talian paip jualan tersuai dengan peringkat yang khusus kepada bidang perniagaan anda.
Buat invois daripada telefon pintar
Janakan invois dengan hanya satu ketik terus dari urus niaga CRM dan hantarkannya kepada pelanggan melalui e-mel atau SMS.
Peraturan & pencetus automasi
Pilih daripada pelbagai peraturan dan pencetus yang dikonfigurasi terlebih dahulu untuk membantu wakil jualan anda melakukan kerja mereka: menghantar peringatan kepada pelanggan, amaran pekerja, pemberitahuan dan lebih lagi.
Bersedia untuk menguruskan urus niaga anda dengan Bitrix24?
Mengapakah Bitrix24 lebih baik daripada 99% penyelesaian lain di pasaran?
- Menggantikan semua penyelesaian SaaS semasa anda
- Percuma selama-lamanya untuk pengguna tanpa had
- Mudah untuk memindahkan data anda daripada sistem lain
- Bersepadu dengan semua perkhidmatan dan aplikasi kegemaran anda
- Digunakan, disukai dan dipercayai oleh organisasi 15,000,000+ di seluruh dunia
- Yuran tetap 100%: kos boleh diramalkan, tiada penentuan harga setiap pengguna
Invois
Membuat invois di Bitrix24 adalah amat senang - sistem boleh memasukkan butiran bayaran dan keluaran yang betul secara automatik, membuatnya senang untuk kedua-dua penjual dan pelanggan. Mudahnya salah satu daripada alat CRM mudah alih yang terbaik!
Penciptaan invois satu ketik
Templat invois
Bersepadu dengan Storecove (e-invois)
Bersepadu dengan pembayaran
Invois berautomatik, berasas peraturan
Mudah dicipta
Pilih templat yang ada atau buat invois anda sendiri dengan medan tersuai - CRM kami akan memasukkan butiran bayaran dan keluaran yang betul secara automatik.
Mudah dihantar
Dengan peraturan dan pencetus Bitrix24, anda boleh menetapkan sistem untuk menghantar invois kepada pelanggan anda secara automatik apabila urus niaga beralih ke peringkat tertentu dalam talian paip jualan anda.
Mudah untuk menjejak dan menguruskan
Setiap invois terpaut pada urus niaga masing-masing, menjadikannya lebih mudah untuk mengikuti sejarah interaksi anda dengan pelanggan.
Bersedia untuk menguruskan invois anda dengan Bitrix24?
Pembayaran
Anda boleh meminta dan menerima bayaran daripada pelanggan anda terus di dalam aplikasi alat mudah CRM Bitrix24.
Hantar pautan bayaran melalui SMS atau pemesejan
Sesuai untuk e-dagang
Lebih banyak urus niaga yang berjaya ditutup
Penjejakan status pembayaran
Proses pembayaran yang senang
Pilih produk daripada katalog anda, janakan pautan pembayaran dan hantarnya kepada pelanggan anda melalui e-mel, SMS atau pemesejan. Pelanggan membuka pautan dan memilih kaedah pembayaran.
Pengesahan pembayaran
Setelah anda menerima wang daripada pelanggan, mereka akan melihat mesej pengesahan di tetingkap pembayaran mereka.
Penjejakan pembayaran CRM alat mudah alih
Wakil jualan anda sentiasa boleh menyemak status pembayaran semasa dan menjejak proses pembayaran dalam masa nyata.
Bersedia untuk menerima pembayaran dengan Bitrix24?
Telefoni
Hubungi pelanggan anda terus dari aplikasi mudah alih CRM Bitrix24. Terima panggilan dari prospek anda, rakam panggilan audio dan lampirkan fail pada urus niaga/prospek masing-masing untuk kegunaan masa hadapan (ini juga termasuk panggilan terlepas).
Sentiasa saling berhubung dengan pelanggan anda
Rakaman panggilan audio
Siaran suara dan kempen SMS
Integrasi tersuai dengan penyedia tempatan
Penyelesaian telefoni VoIP dipertingkat
Telefoni Bitrix24 menonjolkan penjejakan panggilan, penghalaan, pemajuan, pemeriksaan, transkripsi, rakaman, dan lebih lagi.
Integrasi dengan CRM alat mudah alih Bitrix24
Panggilan boleh dirakam dan ditambah pada urus niaga dalam CRM mudah alih Bitrix24. Panggilan masuk dihantar terus kepada wakil jualan yang bertanggungjawab ke atas prospek tertentu.
Telepemasaran lanjutan
Anda boleh menjalankan pendail automatik, memasang widget panggil balik di laman web anda, menghantar permintaan panggil balik, menggunakan siaran suara dan SMS.
Bersedia untuk melakukan pemasaran dengan Bitrix24?
E-mel
Sambungkan peti masuk sedia ada anda dan mula terima/hantar e-mel terus daripada Bitrix24 anda. Lancarkan kempen pemasaran e-mel, tukar e-mel masuk kepada urus niaga/prospek/kenalan dan uruskan komunikasi pelanggan anda dengan mudah.
Menyambung sehingga 10 peti masuk setiap pengguna
Bersepadu dengan CRM
Pemasaran e-mel (sehingga 250,000 e-mel/bu)
Pemberitahuan e-mel berautomatik
Integrasi CRM
Tukar e-mel masuk kepada prospek, urus niaga atau kenalan dalam CRM anda. Jika pengirim adalah pelanggan sedia ada, anda boleh menghantar e-mel kepada mereka terus dari urus niaga atau prospek yang berkaitan, dan lihat balasan mereka di sana juga.
Pemasaran e-mel yang hebat
Lancarkan kempen pemasaran e-mel berasaskan segmen terus daripada CRM anda. Gunakan peraturan dan pencetus kami untuk menyediakan pemberitahuan dan peringatan e-mel secara automatik berdasarkan status urus niaga/prospek.
Kebenaran akses
Sediakan kebenaran akses tersuai untuk setiap peti masuk yang anda menyambung untuk memastikan data perniagaan sensitif dilindungi dengan baik - alat yang amat berguna untuk penyelesaian CRM alat mudah alih.
Bersedia untuk melakukan pemasaran e-mel dengan Bitrix24?
Pengurusan inventori
Menguruskan stok, gudang dan jualan terus anda terus daripada CRM alat mudah alih anda. Dapatkan ketampakan dan kawalan penuh atas proses jualan, dari saat pesanan baharu dicipta hingga serahan produk.
Set penuh alat pengurusan inventori
Bersepadu dengan CRM dan katalog produk
Sesuai untuk e-dagang
Kebenaran akses tersuai
Berbilang gudang
Uruskan stok dan inventori
Pelarasan stok, pengurusan pesanan dan pindahan gudang dengan sokongan jualan saluran pelbagai arah.
Integrasi CRM penuh
Semua data jualan diselaraskan dengan inventori anda dalam masa nyata untuk memastikan anda tidak akan kehabisan stok.
Sedia mudah alih
Imbas kod palang melalui aplikasi mudah alih Bitrix24 dan membuat pelarasan inventori di mana-mana sahaja - hanya sebilangan kecil saja sistem CRM mudah alih menawarkan itu.
Bersedia untuk menguruskan inventori anda dengan Bitrix24?
Kalendar
Aturkan mesyuarat dengan pelanggan anda cuma beberapa ketik, terus daripada urus niaga atau prospek. Mengurus panggilan video dalam talian dengan pasukan anda untuk membincangkan isu berkaitan kerja, atau semata-matanya mengadakan mesyuarat perancangan harian.
Selaraskan secara automatik dengan Kalendar Google dan Apple
Pemberitahuan dan peringatan
Slot terbuka
Panggilan atau sembang cepat daripada acara kalendar
Jadualkan panggilan atau mesyuarat terus daripada CRM
Rancang hari anda
Mengurus mesyuarat dan acara, mengundang pelanggan dan pengguna luaran anda, menjadualkan janji temu dan merancang hari anda - segalanya dengan aplikasi mudah alih Bitrix24.
Mengurus acara
Terdapat begitu banyak yang anda boleh lakukan dengan acara mudah di Kalendar Bitrix24: cipta sembang yang cepat, menelefon pelanggan terus daripada urus niaga/prospek, aturkan mesyuarat dalam talian, memberikan tugas dan lebih lagi.
Jadualkan mesyuarat
Untuk menjadualkan mesyuarat dengan pelanggan, cuma perlu hantar pautan ke kalendar anda kepada mereka. Setelah pelanggan memilih slot masa yang tersedia, ia disahkan secara automatik. Selepas mesyuarat tamat, anda boleh mengemas kini urus niaga di CRM.
Lebih daripada sekadar jualan alat mudah alih
Terokailah keupayaan yang mengagumkan dan potensi penuh CRM Bitrix24.
Integrasi
Bitrix24 dilengkapi beberapa puluh integrasi yang tersedia dalam Pasaran Bitrix24. Anda juga boleh mencipta aplikasi anda sendiri menggunakan REST API kami.
Sedia untuk bermula?
Digunakan dan dipercayai oleh lebih 15,000,000 pengguna di seluruh dunia, Bitrix24 ialah pilihan yang sempurna untuk perniagaan anda
Mula percuma Minta bantuan daripada rakan kongsi Bitrix24