Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Bulan Julai

Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Bulan Julai
Diana Hilsdon
July 28, 2020
Kemas kini terakhir:: July 28, 2020

Pengguna Bitrix24 yang dihormati,

Mari lihat beberapa berita dan kemas kini berkenaan Bitrix24 yang anda mungkin terlepas.

Keluaran Baru Bitrix24

Bulan ini, kami telah melancarkan Bitrix24 yang baharu dan dikemas kini, penuh dengan semua ciri perniagaan yang paling diperlukan sekarang.

Tonton pembentangan Bitrix24 – London ini!


Terokai semua peralatan baru Bitrix24 dan kemas kini di bawah (ini adalah rakaman pembentangan versi Bahasa Inggeris).

Ini beberapa sorotan daripada keluaran ini:

 

CRM Store – sebuah suite digital untuk bisnes anda 

CRM Store membolehkan anda untuk menjalankan jualan secara eksklusif dari telefon pintar anda: daripada penjanaan urus niaga kepada menerima pembayaran dan mengatur penghantaran. Satu penembusan cemerlang dalam penjualan digital, peralatan ini akan membantu anda menjual dengan lebih mudah, cepat dan berkesan berbanding sebelum ini.

Gunakan Bitrix24 untuk menukar telefon pintar anda menjadi terminal pembayaran. Anda tidak perlu bimbang lagi tentang terminal pembayaran kerana kini aplikasi kami boleh mengendalikannya untuk anda – Bitrix24 CRM Store membolehkan anda untuk menerima pembayaran melalui wang tunai, kad, SMS, atau kod QR.


Aplikasi mudah alih baharu – pejabat anda di hujung jari

Aplikasi mudah alih kami telah direka bentuk semula untuk menampung keperluan pasukan jarak jauh di seluruh dunia. Gajikan pekerja baru, berkomunikasi dengan ahli pasukan anda, siapkan tugasan, dan kekal berhubung di mana jua anda berada.


Segala-gala yang anda perlukan untuk bekerja jarak jauh – dalam aplikasi desktop

Kerjasama tidak mengenali sempadan. Dengan Bitrix24, berada di pejabat bermakna berada dalam talian. Dengan keluaran baru ini, kini Bitrix24 anda akan memberi anda akses kepada:

Panggilan video dan persidangan video HD

Panggil pasukan hingga 24 orang – dalam Definisi Tinggi!

Automasi Proses Robotik (RPA)

RPA kini dalam versi beta penuh. Gunakan ia untuk mengautomasikan proses perniagaan yang berulang dan tugas rutin seperti kelulusan dokumen. Sediakan proses automatik sekali, dan robot kami akan mengendalikannya untuk anda selepas itu.

Pangkalan Pengetahuan

Bantu pekerja baru anda untuk mengetahui selok-belok dengan lebih pantas dengan mencipta pangkalan pengetahuan yang berasingan untuk CRM, Automasi Proses Robotik, Tugasan, Projek, dll. Mudah untuk diakses dan disunting, pangkalan pengetahuan ini akan membantu anda memastikan maklumat di dalamnya sentiasa dikemas kini.

Kehadiran maya

Lihat siapa yang sedang dalam talian dan bekerja, dan siapa yang sudah masuk atau keluar kerja terus dari suapan aktiviti – hampir sama seperti berada di pejabat.

Semua ciri ini disediakan dalam aplikasi desktop kami yang dikemas kini (untuk Windows dan Mac).


Temui CRM baru kami – Mesin jualan jarak jauh terunggul

Menjual dari jauh tidak pernah semudah ini. Dengan Bitrix24 CRM, anda bukan sahaja akan dapat menemui klien baru tetapi juga mengaktifkan saluran jualan baru dan meningkatkan keberkesanan iklan anda.

Integrasi dengan Apple Business Chat

Sambungkan Apple Business Chat ke CRM anda dan mula menerima mesej dari chat terus dalam Bitrix24 anda. Urus niaga boleh dicipta secara automatik daripada mesej dan semua sejarah komunikasi akan disimpan dalam Bitrix24 CRM.

Konfigurasi hak akses untuk medan CRM

Akses kepada maklumat tertentu seperti alamat klien atau bilangan urus niaga mungkin perlu dibataskan. Kini anda boleh mengawal pekerja mana yang akan melihat medan tertentu dalam CRM anda dengan mengkonfigurasi hak akses.

Analisis kumpulan iklan

AI canggih kami akan menganalisis iklan anda dan memberitahu anda kumpulan iklan mana yang paling mendatangkan hasil. Bahkan, AI ini sangatlah canggih sehinggakan anda boleh menetapkannya untuk melumpuhkan iklan yang tidak berkesan untuk anda secara automatik.

Mencari klien baru kini jauh lebih mudah

Sekarang ciri Khayalak Serupa Facebook telah diintegrasikan sepenuhnya ke dalam Bitrix24 CRM, anda boleh menemui klien baru yang serupa dengan klien semasa anda dengan mudah.

 

Tugasan Dikemas Kini

Menguruskan beberapa projek secara serentak adalah mudah dengan Tugasan baru kami. Anda akan sentiasa tahu status semasa bagi sebarang tugasan tertentu dan sama ada input anda dikehendaki.

Kini anda boleh memperhalusi tetapan keizinan untuk tugasan. Kami juga telah mereka bentuk semula grid tugasan dan memperbaiki sistem kaunter untuk memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang semua aktiviti sepanjang masa. Akhir sekali, kami juga telah membolehkan anda untuk menyediakan tugasan untuk pengguna luar, supaya anda boleh bekerjasama dengan lebih berkesan bersama klien dan kontraktor.


Bitrix24.Sites

Dapatkan akses kepada pembina tapak web unik kami di mana anda boleh mencipta halaman pemasaran yang dilengkapi SEO atau gedung dalam talian kurang dari 30 minit. Tanpa perlu menulis sebaris kod pun!

Anda boleh mengetahui tentang sorotan keluaran Bitrix24 dalam 15 minit di sini:




Jalani bulan yang produktif!
Pasukan Bitrix24 anda.

Free. Unlimited. Online.
Bitrix24 is a place where everyone can communicate, collaborate on tasks and projects, manage clients and do much more.
Anda juga mungkin menyukai
Terbaru Dalam Bitrix24: Januari
Notis penting berkenaan penyegerakan emel dan duplikasi storan emel dalam akaun Bitrix24 anda
Bitrix24 Release Presentation: Meet the Team
Terbaru dalam Bitrix24