Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Bulan Mac

baca 5 min
Mac 31, 2022
Kemas kini terakhir:: April 1, 2022
Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Bulan Mac

Mesej ping dalam tugasan dikemas kini


Kami telah memperbaiki logik bagi mesej ping dalam tugasan untuk menjadikannya kurang mengganggu untuk anda dan pasukan anda:

- Ping tugasan yang lengkap kini akan ditanda sebagai "dibaca" secara automatik untuk pencipta tugasan
- Ping untuk pemerhati tidak lagi akan mengaktifkan pengira, tetapi komen secara langsung sahaja

Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Penjejakan e-mel dipertingkatkan


Dua penambahan penting:

- Kini anda boleh menjejak metrik pemasaran e-mel yang penting seperti kadar terbuka dan kadar clickthrough bagi e-mel yang anda hantar melalui Pemasaran CRM Bitrix24
- Hantar e-mel pilihan masuk kepada pelanggan dalam senarai mel anda yang masih belum menyertai. Ini akan membantu anda mendapatkan kebenaran rasmi mereka untuk menerima e-mel promosi

Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Antara muka pengurusan fail dikemas kini

Kami telah memperbaiki antara muka pengurusan fail dalam mesej dalam Suapan, CRM dan Tugasan. Berikut adalah perubahan utama:

- Ikon tindakan lebih besar dengan nama
- Lebih mudah untuk menambah fail (seret dan lepas)
- Dayakan/lumpuhkan penyuntingan dokumen, kolaj foto atau dokumen baru dalam Tetapan
- Cipta kolaj foto dalam komen
- Cipta fail .docx, .xlsx dan .pptx secara langsung dalam mesej
- Menu tindakan fail untuk fail telah ditambah kepada mesej

Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui maklumat lanjut (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Integrasi SMSDepot baharu daripada Rakan Niaga Emas Bitrix24 'FullView Solutions'


Rakan Niaga Emas Bitrix24, FullView Solutions, telah bergabung tenaga dengan SMSDepot untuk mengintegrasikan perkhidmatan permesejan teks ke dalam Bitrix24 anda pada harga 20 sen per SMS. Manfaat paling besar bagi penyelesaian ini adalah anda boleh menerima respons daripada pelanggan untuk membenarkan mereka memilih keluar, dan menjadikan komunikasi anda patuh POPIA.

Meskipun kepentingan saluran digital moden dan platform media sosial, pemasaran SMS masih tetap cara yang paling konsisten untuk berkomunikasi dengan pelanggan kerana penghantaran SMS memiliki jangkauan yang boleh diharapkan, meluas dan bebas data.

Untuk mendapatkan demonstrasi mendalam secara peribadi bagi penyelesaian ini, sila hubungi Rakan Niaga Emas kami 'FullView Solutions' melalui telefon 010-880 4424 or e-mel bitrix@fullviewsolutions.co.za.

Borang CRM baharu dalam Saluran Terbuka Bitrix24


Borang CRM dalam chat Saluran Terbuka telah dikemas kini. Kini anda boleh mendayakan (melumpuhkan) borang hubungan pelanggan dalam Chat Langsung serta menghantar sebarang borang CRM ke chat Saluran Terbuka pelanggan, ataupun melalui Pusat Jualan.

Selain itu, di bawah juga adalah penambahbaikan baharu:

- Borang maklumat hubungan CRM dalam Chat Langsung. Borang maklumat hubungan diperlukan untuk mengenal pasti pelanggan dalam Chat Langsung. Borang ini membantu menyimpan maklumat hubungan pelanggan dalam tempoh yang pendek. Ketahui lebih lanjut mengenainya di sini
- Borang CRM dalam chat Saluran Terbuka. Semasa berkomunikasi dengan pelanggan, anda boleh menghantar mana-mana borang CRM yang aktif ke dalam chat Saluran Terbuka. Satu pautan pendek akan dihantar kepada pelanggan. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut
- Hantar borang CRM melalui Pusat Jualan. Sebagai alternatif, anda boleh menghantar borang CRM ke chat Saluran Terbuka melalui Pusat Jualan. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini

Sila ambil perhatian bahawa semua artikel yang disebut di atas ditulis dalam bahasa Inggeris.

Pilihan penapis CRM baharu dan banyak lagi


Beberapa perubahan kecil kepada Bitrix24 CRM yang akan menjadikan kerja anda lebih mudah dan senang:

- Pilihan penapis CRM baharu: tapis mengikut nilai kosong/bukan; tapis urus niaga mengikut medan daripada syarikat dan kenalan yang berkaitan. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini
- Perubahan dalam senarai urus niaga, medan orang yang bertanggungjawab dan peraturan automasi. Maklumat lanjut di sini
- Sekiranya kakitangan meninggalkan syarikat, kini anda boleh menugaskan rekod CRM yang dikendalikan oleh orang ini kepada orang lain. Begini cara untuk berbuat demikian

Sila ambil perhatian bahawa semua artikel yang disebut ditulis dalam bahasa Inggeris.

Reka bentuk blok warna baharu untuk laman dan kedai dalam talian

Kami telah mereka bentuk antara muka blok warna untuk laman, kedai dalam talian dan pangkalan pengetahuan. Kini anda boleh memilih apa-apa warna untuk teks dan latar belakang, menukar kelegapan warna dan imej latar belakang blok. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini (tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja).

Aplikasi US Telephony24 baharu - daripada Rakan Niaga Emas Bitrix24 'Kala Group Technologies LLC'


Kenali aplikasi US Telephony24 baharu daripada rakan niaga Emas kami Kala Group Technologies LLC.

US Telephony24 ialah penyelesaian telefoni Suara melalui Protokol Internet (VoIP) yang dibina khusus untuk digunakan dalam Bitrix24 CRM. Penyelesaian ini menyediakan Respons Suara Interaktif (IVR) dengan pembantu automatik dam keupayaan SMS, kehadiran setempat, ID Smart Caller, pendail Robo dan pendail Ramalan. Semua panggilan suara dan SMS akan direkod secara automatik dan dilampirkan bersama rekod pelanggan dalam CRM, serta log panggilan/SMS dan juga masa dan tempoh panggilan. Ciri-ciri tambahan, khususnya berguna dalam pusat panggilan atau persekitaran latihan, adalah termasuk Supervisor Call Whisper, Supervisor Call Takeover, dan Agent Call Scripts.
Paling Popular
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Oktober 2023
Bitrix24 baharu. Masa depan dalam tangan anda
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Mac 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin November 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Mac 2024
Daftar Kandungan
Mesej ping dalam tugasan dikemas kini Penjejakan e-mel dipertingkatkan Antara muka pengurusan fail dikemas kini Integrasi SMSDepot baharu daripada Rakan Niaga Emas Bitrix24 'FullView Solutions' Borang CRM baharu dalam Saluran Terbuka Bitrix24 Pilihan penapis CRM baharu dan banyak lagi Reka bentuk blok warna baharu untuk laman dan kedai dalam talian Aplikasi US Telephony24 baharu - daripada Rakan Niaga Emas Bitrix24 'Kala Group Technologies LLC'
Anda juga mungkin menyukai
alat
Webinar
glosari

Free. Unlimited. Online.

Bitrix24 adalah tempat di mana semua orang boleh berkomunikasi, bekerjasama dalam tugas dan projek, mengurus pelanggan dan melakukan lebih banyak lagi.

Mula percuma
Anda juga mungkin menyukai
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Disember 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Disember 2023
baca 4 min
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
Bitrix24 Vega Baharu. Umpil Kuasa AI
baca 3 min
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023
Terbaru dalam Bitrix24: Buletin Februari 2023
baca 6 min