Terbaru dalam Bitrix24: November
Pengguna Bitrix24 yang dihormati,
Sejak keluaran lepas, kami sibuk mengusahakan peralatan, ciri-ciri dan penambahbaikan baru. Pada 23 Oktober, kami telah melancarkan versi Bitrix24 yang baru dan dikemas kini.
Bitrix24.Seoul
Jika anda terlepas pembentangan ini, dapatkan rakamannya di sini:
Bitrix24.Seoul disertakan dengan peralatan yang anda perlukan untuk menjual dari jarak jauh, pemasaran dalam talian dan komunikasi termasuk:
Kedai ‘Live’ dan Kedai Dalam Talian
Bawa jualan luar talian anda ke dalam talian dengan Bitrix24.Live Shop, satu widget kecil yang anda letakkan di laman web anda. Strim secara langsung dari kedai anda, tunjukkan demontrasi produk anda dan jawab pertanyaan pelanggan.
Kedai Dalam Talian yang baru menampilkan ciri ‘pembantu peribadi’ untuk memberi pendekatan yang lebih peribadi yang pasti akan disukai oleh pelanggan!
Kempen iklan automatik dan analisis terperinci
Dengan Bitrix24 yang baru, anda tidak perlu menjadi seorang guru pemasaran untuk melancarkan kempen iklan dengan berjaya di Facebook atau Instagram. Hanya pergi ke Pemasaran CRM dan konfigurasikan iklan anda dalam beberapa langkah mudah.
Dan dengan analisis iklan yang ditambah baik, anda boleh menganalisis keberkesanan pada peringkat kempen, kumpulan iklan, iklan, malah kata kunci.
Tugasan & Projek Diperbaharui
Sistem ‘fokus automatik’ Tugasan baru kami akan menapis tugasan secara automatik, menjimatkan anda masa dan mengelakkan kerumitan. Kini projek juga lebih mudah untuk dilayari. Semuanya boleh diakses dari satu halaman dan hanya satu klik diperlukan untuk anda melihat bagaimana projek anda sedang berjalan dan melihat fail, tugasan, kemas kini, dll.
Pejabat Maya Bitrix24 – persidangan video dan panggilan video HD
Dengan bantuan Persidangan Video Zoom dalam pemesejan dan CRM Bitrix24, anda boleh melakukan mesyuarat dengan pengguna luar, seperti klien, dan rakan sekerja anda. Rakaman panggilan akan disimpan ke Bitrix24.Drive anda.
Kefungsian panggilan video juga telah dipertingkatkan. Kini anda boleh memanggil rakan sekerja anda bukan sahaja dari chat, malah dari tugasan, mesyuarat calendar atau suapan berita.
Bukan itu sahaja, panggilan video kini mempunyai:
- Latar belakang yang cool
- Kaburkan latar belakang
Jadikan latar belakang anda ringkas dan kemas dengan mengubah suai tahap kabur.
- Perkongsian skrin dipertingkat
- Butang ‘angkat tangan’
- Rakaman panggilan
Bitrix24.Sites yang ditambah baik
Kini anda mempunyai lebih kawalan ke atas blok standard dalam editor Tapak web.
Pilih mana-mana blok dan ubahnya dalam apa jua cara yang anda suka: alihkan elemen ke tempat lain, tambah elemen baru atau buang elemen yang tidak diperlukan. Masih tidak cukup bagus? Hanya bina blok super tersuai anda sendiri dari awal!
…semua ini dan begitu banyak lagi dalam Bitrix24.Seoul yang baru!
Kemas kini Bitrix24 yang lain termasuk:
Pinkan mesej
Kini anda boleh mengepin mesej ke bahagian atas suapan berita anda untuk mendapatkan akses pantas. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini (dalam bahasa Inggeris).
Penyelarasan kalendar baru
Kini kalendar lebih mudah untuk diselaraskan. Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini (dalam bahasa Inggeris).
Hantar jemputan acara kepada pengguna luar
Jemput pelanggan dan rakan niaga ke mesyuarat anda. Ketahui lebih lanjut di sini (dalam Bahasa Inggeris).
Kami harap anda menikmati Bitrix24 baru anda!