Notis penting berkenaan penyegerakan emel dan duplikasi storan emel dalam akaun Bitrix24 anda

Notis penting berkenaan penyegerakan emel dan duplikasi storan emel dalam akaun Bitrix24 anda
Yuliya Skorobogatova
April 26, 2019
Kemas kini terakhir:: April 26, 2019
Pengguna Bitrix24 yang dihormati!
 
Seperti yang anda ketahui, baru-baru ini kami telah meraikan kejayaan memperoleh 5 juta penyertaan, menjadikan Bitrix24 salah satu penyedia SaaS paling popular di dunia. Oleh kerana banyak syarikat dan ramai individu-individu yang bergantung pada servis pantas dan tanpa gangguan yang kami sediakan, kami akan sentiasa memantau dan mengoptimumkan infrastruktur atas talian kami.
 
Ciri webmail yang diperkenalkan baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat, dan disebabkan itu terdapat pertambahan beban yang besar ke atas infrastruktur pelayan kami hingga memaksa kami membuat keputusan yang agak sukar. Kami memutuskan untuk tidak menawarkan servis emel kepada pengguna akaun percuma serta meletakkan had bagi pengguna pelan komersial. Semua perubahan ini akan berkuat kuasa pada atau selepas 1 Mei.
 
Semua penyegerakan emel antara Bitrix24 dan akaun emel percuma yang bersambung akan dihentikan, tidak kira akaun yang lama mahupun yang baru. Kami akan simpan semua emel yang dilampirkan pada rekod dan tugas dalam CRM dan memadam semua duplikasi emel yang disegerak bagi memastikan tiada gangguan terhadap operasi. PENTING: hanya salinan emel yang disimpan di Bitrix24 akan dipadam. Salinan asal (yang ada pada Gmail, Outloook, Yahoo! atau sebarang perkhidmatan emel lain yang anda segerakkan bersama Bitrix24) masih lagi ada dan TIDAK akan dipadam.
 
Semua akaun komersial masih lagi boleh melakukan penyegerakan dua hala antara Bitrix24 dan juga perkhidmatan emel mereka. Seperti yang dinyatakan, segala emel yang dilampir pada rekod dan tugas dalam CRM tidak akan dipadam. Namun, storan sementara duplikasi emel yang disegerak yang tidak digunakan oleh mana-mana entiti dalam Bitrix24 akan dihadkan kepada 30 hari bagi pengguna CRM+, 60 hari bagi pengguna Standard dan 90 hari bagi pengguna Professional. Jika anda menggunakan lesen NFR kami, storan sementara bagi semua duplikasi emel tak terlampir dalam Bitrix24 akan diset pada 90 hari manakala 30 hari bagi akaun Demo.

Jika anda mahu kekal segerakkan emel antara Bitrix24 dan juga perkhidmatan emel anda, sila naik taraf kepada plan komersial.

     Ini adalah ringkasan bagi tetapan emel Bitrix24 selepas 1 Mei:

Penyegerakan dua hala emel antara Bitrix24 dan perkhidmatan emel anda
  • Akaun percuma – TIADA
  • Akaun berbayar – ADA
Storan lampiran emel pada rekod atau tugas dalam CRM di Bitrix24
  • Akaun percuma – TIADA PERUBAHAN
  • Akaun berbayar – TIADA PERUBAHAN
Storan sementara duplikasi emel di Bitrix24 yang tidak dilampir pada rekod atau tugas dalam CRM
  • Akaun percuma – 0 HARI
  • CRM+ atau akaun Demo – 30 HARI
  • Akaun Standard – 60 HARI
  • Akaun Professional atau NFR – 90 HARI
Terima kasih
Bilik kerja Bitrix24.

Free. Unlimited. Online.
Bitrix24 is a place where everyone can communicate, collaborate on tasks and projects, manage clients and do much more.
Anda juga mungkin menyukai
Terbaru Dalam Bitrix24: Januari
Bitrix24 Summer Supercharger Sale
Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Bulan Julai
Terbaru dalam Bitrix24: Ringkasan Mei